Monday 23 April 2012

Tawaran Kerja Kosong 2012

Inginkan perkerjaan ? Mungkin sedikit pengkongsian mengenai kerja kosong di malaysia..
klik di sini

MENGENALI BEBERAPA TEORI PEMILIHAN KERJAYA

Teori Pemilihan Kerjaya

Terdapat pelbagai teori kerjaya yang telah dibangunkan yang menjadi asas pengkaji dalam kajian mereka terhadap bidang kerjaya. Antara teori tersebut ialah teori kerjaya Islam, teori pemilihan kerjaya seperti teori Tret dan Faktor, teori Holland, teori Anne Roe dan teori Psikonalitik Bordin (Sidek Mohd Noah, 2002). Manakala teori Super yang diasaskan oleh Donald E.Super pula lebih dikenali menggunakan pendekatan proses.

Teori Kerjaya Islam
Teori Kerjaya Islam ini telah cuba dibangunkan oleh Sidek Mohd Noah (Sidek Mohd Noah, 2002). Teori ini melihat kerjaya sebagai satu kepentingan material dalam aktiviti kehidupan manusia di muka bumi.

Dua elemen asas dalam kerjaya Islam yang tidak dipunyai oleh teori-teori kerjaya Barat ialah kemantapan rohani dan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Kemantapan rohani dibentuk melalui cara niat yang baik, keazaman yang kuat, kesabaran yang tinggi, bertawakal kepada Allah dan istiqamah dalam pekerjaan. Elemen pengetahuan pula menuntut setiap individu yang bekerja mencari ilmu pengetahuan yang berkaitan kerana ilmu pengetahuan dikaitkan dengan darjat dan kualiti kerja seseorang.

Mengenai faktor-faktor pemilihan kerjaya, pengkaji berpendapat Islam tidak menolak faktor-faktor yang telah dikemukakan oleh para pengkaji Barat. Faktor yang boleh diterima Islam ialah seperti faktor genetik, pendidikan, pembelajaran dan persekitaran.


Teori Tret Dan Faktor
Teori ini merupakan teori yang tertua tentang pemilihan kerjaya. Teori ini cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan berasaskan teori perbezaan peribadi individu.   Parson (dlm. Sidek Mohd Noah) mencadangkan bahawa pemilihan kerjaya yang baik perlu melibatkan tiga pekara iaitu kefahaman yang jelas tentang diri, pengetahuan tentang pekerjaan-pekerjaan dan taakulan yang tepat tentang hubungan antara kedua-dua fakta tersebut. Teori ini juga menegaskan bahawa tugas utama dalam proses membuat pemilihan kerjaya adalah untuk memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini, keperluan individu akan dipenuhi dan pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil.

Teori Holland.
Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti (dalam Sidek Mohd Noah, 2002)
Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada enam kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C).
Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland (Zunker, 1994, Osipow, 1973,

Sidek Mohd Noah, 2002) telah mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu, iaitu:


i. Realistik atau agresif- sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan kemahiran dan masculinity. . Kerjaya yang mereka pilih adalah seperti mekanik, juruteknik, tukang kayu dan lain-lain.

ii. Investigatif atau intelektual - sesuai dengan pekerjaan yang lebih memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia, doktor dan lain-lain. Individu investigative mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks, ingin tahu, rasional, menyisih diri, pendiam dan lain-lain.

iii. Artistik atau imaginative - artis, sama ada dalam bidang muzik atau seni. . Ciri-ciri yang mereka miliki ialah rumit, tunggang tebalik, emosional, ekspresif, idealistic, imaginative, bebas, intuitif dan lain-lain.

iv. Sosial - individu sosial akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik, memperkembang dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit, berstruktur dan aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti berpengaruh, berkerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong, idealistic, empati, baik hati dan lain-lain. Mereka meminati kerjaya seperti pendidik, ahli psikologi, pegawai kebajikan dan kaunselor.

v. Enterprising atau extrovert - individu enterprising menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi orang lain seperti mengarah, membujuk dan memimpin untuk mencapai matlamat organisasi . Ciri-ciri seperti sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi, angkuh, bertenaga, suka menunjuk, menggembirakan, berusaha, yakin diri dan lain-lain. Kerjaya yang mereka pilih ialah seperti ahli politik, pengurus, eksekutif dan perniaga.

vi. Conventional atau praktikal - individu conventional memiliki minat, kecekapan, persepsi diri dan mempunyai ciri-ciri seperti berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap, sukar dilentur, memendam rasa, tabah hati, praktikal, cermat dan lain-lain. Contoh seperti kerani, setiausaha atau operator.

 Alat-alat ukuran untuk mengukur jenis personaliti serta aspek-aspek lain telah dirangka dan diperkenalkan seperti Vocational Preference Inventory (VPI), Self-Directed Search (SDS), Vocational Exploration and Insight Kit (VEIK) dan My Vocational Situation Inventory (MVS) (Sidek Mohd Noah, 2002).

Teori Super
Teori ini lebih mementingkan konsep kendiri dalam menentukan arah tuju individu dalam bidang pekerjaan. Menurut Super (Isaacson & Brown, 1993), konsep kendiri ini berkembang melalui pertumbuhan fizikal dan mental, pemerhatian terhadap pekerjaan, hubungan dengan orang dewasa yang bekerja, persekitaran dan pengalaman.

Dalam pemilihan kerjaya ini, Super (dlm. Ishamumudin Hj. Ismail, 1997) telah menekankan wujudnya  Peringkat perkembangan menjelaskan mengenai pembentukan konsep kendiri oleh seseorang individu dengan mengenal pasti orang-orang yang signifikan dalam keluarga dan sekolah.Super telah membahagikan peringkat ini kepada tiga bahagian, iaitu:
a. Bahagian fantasi - 4 hingga 10 tahun
b. Bahagian minat - 11 hingga 12 tahun
c. Bahagian kebolehan - 13 hingga 14 tahun

Peringkat penerokaan pula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam lingkungan 15 hingga 24 tahun. Dalam peringkat ini, Super membahagikannya kepada tiga bahagian:
Bahagian tidak tetap - 15 hingga 17 tahun
Bahagian peralihan - 18 hingga 21 tahun
Bahagian percubaan - 22 hingga 24 tahun



e. Teori Krumboltz, Mitchell dan Gelatt
Teori ini lebih cenderung kepada pengaruh kehidupan terhadap pemilihan kerjaya. Teori ini menjelaskan terdapat empat faktor dalam proses pemilihan kerjaya iaitu:
a. pengaruh baka dan kebolehan individu
b. persekitaran
c. pengalaman belajar
d. kemahiran menjalankan tugas.

Pengaruh baka dan kebolehan individu merupakan sifat yang diwarisi yang mungkin membataskan peluang pekerjaan individu. Pengaruh persekitaran dan peristiwa dilihat sebagai faktor yang selalunya di luar kawalan individu. Pengalaman belajar meliputi alat-alat pengalaman dalam belajar dan yang mempunyai hubungan dengan pengalaman berlajar. Kemahiran dalam menjalankan tugas meliputi satu bentuk kemahiran individu yang telah dibangunkan seperti kemahiran menyelesaikan masalah, tabiat kerja, set minda, respon emosi dan kognatif.

f. Teori Anne Roe
Teori ini telah diperkenalkan oleh Anne Roe yang merupakan seorang yang terlatih sebagai ahli psikologi klinikal.Teori Roe mengintergrasikan teori personaliti dengan klasifikasi pekerjaan. Teori ini menumpukan kepada dua bahagian iaitu personaliti dan klasifikasi pekerjaan bertujuan untuk melihat hubungan semua bidang pekerjaan dengan latar belakang keluarga dan pengalaman layanan ibu bapa semasa kanak-kanak.  Teori pemilihan kerjaya Roe menyenaraikan tiga faktor iaitu latarbelakang genetik, pengaruh tenaga psikik serta pengaruh genetik dan hieraki keperluan individu (Sidek Mohd Noah, 2002).


Manakala faktor pengaruh tenaga psikik pula merupakan perkembangan keupayaan khas seseorang individu ditentukan oleh ke arah mana tenaga psikik diperkembangkan di luar kawalan atau tanpa sedar.
Pengaruh faktor genetik dan perkembangan hieraraki keperluan mempengaruhi pemilihan kerjaya individu. Antara keperluan utama yang dikenal pasti oleh Maslow ialah keperluan fisiologikal, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Apabila keperluan asas telah dipenuhi, keperluan yang lebih tinggi terbentuk dan keperluan ini akan terus meningkat sehingga mencapai keperluan yang paling tinggi iaitu kesempurnaan kendiri.

Roe (Zunker, 1986) telah mengklasifikasikan kerja kepada dua kategori utama iaitu person oriented dan non-person oriented. Pekerjaan yang bersifat person oriented adalah seperti perkhidmatan, hubungan perniagaan, pengurusan (pengurusan dalam kerajaan, industri, perniagaan), budaya secara umum (mengajar, menteri, wartawan), keseniaan dan persembahan. Manakala pekerjaan yang bersifat non-person oriented pula ialah pekerjaan yang berkaitan teknologi, kerja-kerja luar (pertanian, perhutanan, perlombongan) dan sains.

Sunday 22 April 2012

KAUNSELOR DI SEKOLAH

kaunseling di sekolah


Tajuk: Peranan Kaunselor Di Sekolah Menengah.

Pengenalan
Sekarang ini terdapat satu jawatan khas di sekolah menengah iaitu Kaunselor. Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia di sekolah. Di sekolah menengah bimbingan dan kaunseling merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dimain peranankan oleh seseorang kaunselor.
Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum. Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat peribadi setiap pelajar dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik. Dalam usaha memenuhi hak-hak pelajar itu, mereka yang terlibat mungkn akan menghadapi beberapa masalah dan halangan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merupakan aktiviti yang tersusun akan menolong pelajar meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan mencapai matlamat yang mereka perlukan.
Sebagai seorang kaunselor di sekolah menengah, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menggariskan beberapa prinsip. Antaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar didik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia.
Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya.
Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai tujuan hidupnya. Di samping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama semasa melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Para guru, pihak sekolah, ibu bapa, dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama. Maklumat yang banyak perlu disebarkan kepada pelajar. Justeru itu kaunselor hendaklah mengenali diri pelajarnya dari memahami pelajar itu secara menyeluruh.
Beberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal saya menghadapi tugas sebagai kaunselor di sekolah menengah seperti populasi di sekolah, perkembangan sedia ada kaunseling di sekolah berkenaan, masalah-masalah terdapat di sekolah, apakah peranan yang boleh mainkan sebagai seorang kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai kaunselor di sekolah tersebut.


Populasi
Dari segi populasi warga sekolah menengah biasanya terdiri antara 800 hingga 2000 orang pelajar. Bagi sekolah menengah gred A mempunyai pelajar lebih 1200 orang, 80 orang guru dan 10 orang kakitangan. Sementara sekolah menengah gred B pula pelajar dalam lingkungan 800 orang hingga 1200 orang, guru 40 orang dan staf 6 orang. Pelajar sekolah menengah terdiri dari pelajar yang meningkat remaja dari umur 13 hingga 19 tahun. Sekolah harian biasa atau asrama penuh biasa mempunyai pelajar kedua jantina. Sekolah campuran atau satu jantina sahaja mempunyai permasalahan tersendiri yang perlu diselesaikan oleh seseorang kaunselor. Ini merupakan cabaran kepada kaunselor kerana pelajar sekolah menengah ini merupakan pelajar remaja yang mengalami perubahan psikologi yang mendadak menuju alam kedewasaan. Pelbagai masalah wujud di kalangan pelajar, guru dan staff di sekolah menjadikan kaunselor perlu berperanan sebagai orang tengah dan pencipta keharmonian di sekolah.


Perkembangan Semasa Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah.
Langkah awal kaunselor ialah mempastikan bimbingan dan kaunseling telah berjalan di sekolah. Perlaksanaan bimbingan dan kaunseling telah berjalan atau belum, kemudahan bilik kaunseling, guru-guru kaunseling, jawatankuasa bimbingan dan kaunseling, pembimbingan rakan sebaya dan tahap pengetahuan mengenai bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut. Selalunya di sekolah menengah, bimbingan dan kaunseling sedia wujud tetapi cuma pengurusan adakalanya tidak sempurna kerana ketiadaan kaunselor yang berkelayakan.

Mengenalpasti Masalah-Masalah Yang Wujud.
Kaunselor juga harus mengkaji masalah-masalah yang terdapat di sekolah supaya program kaunseling yang diatur memberi manfaat kepada warga sekolah dan masyarakat sekitar. Perancangan sesuatu program merupakan satu proses menentukan keperluan penerima. Di sekolah keutamaan hendaklah diberi kepada usaha-usaha memenuhi keperluan pelajar, disamping keperluan mereka yang mempunyai keperluan penting dalam masyarakat sekolah. Untuk itu saya perlu mempunyai maklumat yang lengkap supaya program yang saya atur benar-benar berkesan.
? Pengumpulan maklumat
Penganalisisan maklumat perlu bagi dan penentuan jenis keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sumber maklumat seperti kad 001 (M), surat pekeliling pentadbiran dan polisi kerajaan, profil guru-guru, inventori kemudahan sekolah, bahan-bahan bacaan dan rujukan, pakar rujuk dan kejadian yang berlaku di sekitar.
? Maklumat dikumpul secara pemerhatian, rujukan, tinjauan keperluan – meninjau pendapat Pengetua, guru, pakar-pakar perancangan pendidikan, ibu bapa dan pelajar

Peranan
Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah seperti berikut:


1. Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan, peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan di antara yang tersebut di atas.


2. Menolong penuntut untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.


3. Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri.


4. Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang penuntut.


5. Menentukan atau mempastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psiko-sosial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.


6. Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahan-perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.


7. Membantu ibu bap untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain sekelilingnya; bertujuan untuk menambahkan kebolehan memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.


8. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.


9. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk perkembangan penuntut.


10. Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber-sumber masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.

Rancangan
Antara rancangan-rancangan aktiviti yang boleh dilakukan sebagai seorang kaunselor di sekolah menengah ialah :

A. Mengemaskinikan stuktur organisasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Dengan kerjasama pentadbir dan kemudahan kakitangan guru yang ramai di sekolah menengah, kaunselor akan menyusun struktur organisasi bimbingan dan kaunseling seperti pelarasan tugas dan pengendalian program bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah di Malaysia.

B. Menggerakkan semua tenaga di sekolah. Sebagai kaunselor di sekolah menengah ia berperanan menggerakkan semua tenaga pentadbir, guru, kakitangan sekolah dan pelajar sendiri bagi menjayakan aktiviti bimbingan dan kaunseling di sekolah. Aktiviti bimbingan dan kaunseling dapat berjalan dengan lancar sekiranya kaunselor mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak tersebut termasuk masyarakat luar sekolah dan ibu bapa. Jika pihak di atas tidak memahami peranan masing-masing adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk menerangkan kepada mereka.
Pengetua adalah kunci utama dalam menentukan berjaya atau gagalnya program bimbingan dan kaunseling di sekolah. Pengetua bertanggungjawab memberi kepemimpinan yang berkesan; menyediakan kakitangan, peruntukan, kewangan dan kemudahan, menyokong guru-guru mewujudkan program bimbingan dan menggalakkan pelajar menggunanya, dan memberi maklumat kepada masyarakat tentang program ini melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Kerjasama kaunselor dan pengetua lebih menjelaskan kepada warga sekolah atau masyarakat fungsi bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Pembantu kaunselor ialah guru terlatih yang telah menerima pendedahan kaunseling. Bantuan mereka adalah penting dalam melaksanakan program bimbingan dan kaunseling di sekolah. Mereka boleh melaksanakan tugas-tugas bagi membantu kaunselor seperti senarai di bawah:

1. Membantu mengendalikan inventori individu dan rekod.
2. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat.
3. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok.
4. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling.
5. Membantu dalam program perkhidmatan penempatan penuntut.
6. Membantu program pencegah salah guna dadah.
7. Membantu dalam perkhidmatan perundingan dan rujukan.
8. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos.
9. Membantu dalam perkhidmatan penilaian.
10. Menjadi guru penasihat Kelab Bimbingan.

Mereka juga boleh membuat tugasan lain seperti membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan, membantu menghasilkan bahan-bahan bimbingan seperti poster-poster dan mengurus alat pandang dengar di bilik bimbingan jika ada. Ia dapat meringankan beban tugas kaunselor di sekolah menengah.
Guru-guru lain di sekolah juga memainkan peranan penting dalam kegiatan bimbingan yang sebenar di dalam kelas. Mereka selalu berada dalam situasi yang membolehkan wujudnya hubungan yang erat dan mesra dengan pelajar. Hubungan guru yang lebih mesra di dalam kelas membantu kaunselor menangani masalah pelajar dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
Peranan Pembimbing Rakan Sebaya penting berdasarkan andaian psikologi remaja bahawa anak-anak belasan tahun berpaling kepada kelompok sebaya untuk mendapat sokongan emosi. Sebagai kaunselor saya perlu melibatkan pelajar yang dipilih diberi latihan untuk membantu menggerakkan perkembangan diri yang berkesan dan sistematik di kalangan rakan-rakan serta menolong mereka membina kemahiran menghadapi sebarang desakan. Pembimbing rakan sebaya bukan individu yang memberi nasihat dan menyelesaikan masalah orang lain. Dia adalah seorang pendengar yang peka dan menggunakan kemahiran-kemahiran berkomunikasi untuk menolong rakan mereka.

C. Perkhidmatan Sebaran
Perkhidmatan ini merupakan satu proses atau tindakan mengiklankan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Tujuannya untuk membuat publisiti tentang barangan atau perkhidmatan tersebut dengan harapan supaya masyarakat menggunakannya. Proses atau tindakan ini boleh dilaksanakan melalui media bertulis , media elektronik dan secara lisan. Terdapat dua kaedah untuk melaksanakan perkhidmatan sebaran di sekolah-sekolah.

1.Secara langsung atau bersemuka, melalui:
Ceramah, Perhimpunan Mingguan, Mesyuarat Guru, Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG), Majlis Bimbingan Daerah, Hubungan Personal dengan Ketua Kelas, Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

2. Secara tidak langsung atau tidak bersemuka, melalui
Poster , Risalah, Pemeran, Majalah Sekolah , Kad-Kad Perkhidmatan, Penerbitan-penerbitan Kelab atau Persatuan, Radio Sekolah.

D. Menjalankan program-program bimbingan dan kaunseling yang terancang seperti di bawah:
a. Bimbingan Perkembangan Personaliti- kaunselor berperanan menentukan agar pelajar menanam perasaan dan kepercayaan bahawa dirinya berkebolehan dan dihargai. Kaunselor juga bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang tingkat-tingkat perkembangan individu, dan maklumat untuk memahami tingkah laku remaja. Program atau kursus motivasi, kemahiran berkomunikasi dan perkembangan konsep kendiri dianjurkan.

b. Bimbingan Perkembangan Kerjaya- Kaunselor berperanan menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan. Kaunselor menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus kerjaya, lawatan kerjaya dan latihan temuduga untuk membolehkan palajar mempelajari hal-hal diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat dibuat. Kaunselor bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan kerjaya serta peluang-peluang pengajian tinggi dan latihan yang diperlukan.

c. Bimbingan dan Perkembangan Pembelajaran- Pelajar diberi bimbingan untuk menjaga prestasi pencapaian akademiknya. Kaunselor berperanan memotivasikan pelajar-pelajar yang kurang yakin tentang kebolehan diri, yang sengaja menggagalkan diri dan yang telah berputus asa dengan pencapaian akademik mereka. Kaunselor juga berperanan dalam membimbing pelajar memperoleh kemahiran belajar, cara-cara mengawal tekanan, kemahiran mengurus masa dan teknik belajar berkesan dan menjawab peperiksaan. Khemah atau perkampungan akademik biasanya dibuat di luar sekolah untuk memberi persekitaran yang lain kepada pelajar dan bukan persekitaran sekolah yang mereka anggap membosankan.

d. Bimbingan Penyesuaian Diri- kaunselor berperanan memberi persediaan kepada pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Minggu Siratulrahim diperkenalkan kepada pelajar tingkatan satu selama seminggu dan Minggu Pengurusan kepada pelajar tingkatan empat. Tujuannya supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sekolah, persekitaran, budaya dan pelajaran-pelajaran baru.

e. Bimbingan Tingkah laku – kaunselor di sekolah menengah selalu dimintakan menyelasaikan masalah disiplin pelajar. Pihak disiplin sekolah menolak pelajar yang melakukan kesalahan disiplin berulangkali kepada kaunselor untuk diselesaikan. Melalui kaunseling individu atau kelompok pelajar berkenaan diminta mengubah sikap mengikut peraturan sekolah.

f. Perkhidmatan Kaunseling- Kaunselor memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara individu atau kelompok. Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami keadaan dan memperolehi keupayaan untuk bertindak mengatasi ketidakselesaan yang dialaminya.
Selain itu juga perkhimatan kaunseling juga memberi perkhidmatan pakar runding kepada guru-guru yang sentiasa menghadapi isu-isu berkaitan dengan tingkahlaku pelajar, perhubungan pelajar dan hal-hal perkembangan personaliti pelajar-pelajar di sekolah.
kaunseling kelompok

Aktiviti-aktiviti/Program Tahunan
Terdapat empat objektif am dalam menjalankan program yang saya rancang. Pertama memberi khidmat penyuburan dan pengkayaan yang meliputi semua aspek seperti bakat, kepimpinan, kemahiran, personaliti dan sebagainya. Objektif kedua pula ialah memberi khidmat pencegahan seperti salahlaku, tidak berdisiplin dan penyalahgunaan dadah. Objektif ketiga ialah pembaikan dan pemulihan seperti mengalami masalah peribadi, pelajaran dan sosial serta objektif terakhir ialah memberi khidmat kaunseling krisis.

Program yang dirancang ialah:
1. Pendedahan Unit Bimbingan Kaunseling - memberi penerangan secara ringkas peranan unit ini dan guru-guru yang terlibat. Tujuaannya ialag supaya pelajar mengenali dan pengetahuan peranan tersebut dan memblehkan mereka mendapat manfaatnya. Program ini dijalankan semasa Minggu Orientasi Tingkatan Satu. Ibu bapa juga akan diberi taklimat dalam program ini.

2. Program Didikan Kasih dan Mesra - pengisian program ini ialah dengan memberi ceramah agama, penerangan tentang akademik, pemainan dan kauseling dan permainan di padang. Ini memupuk hubungan yang baik di antara guru dan pelajar-pelajar di samping mengembangkan bakat pelajar.

3. Kaunseling Individu - menjalankan proses kaunseling kepada pelajar yang mempunyai masalah sama ada mereka datang sendiri ataupun yang dirujuk oleh guru lain. Masa program ini aldah berterusan sepanjang tahun.

4. Kaunseling Kelompok - menjalankan proses kaunseling secara berkelompok kerana mempunyai masalah yang sama. Perkara yang umum dibincangkan ialah pemilihan aliran dan elektif, hubungan dengan rakan sebaya, masalah pelajaran dan sebagainya.

5. Minggu Kerjaya - mempamerkan maklumat mengenai kerjaya seperti, kelayakan, tempat latihan, prospek dan sebagainya. Faedahnya, pelajar mengetahui perkara yang seharusnya mereka lakukan untuk mencapai kerjaya yang diidamkan.

6. Kempen Sekolahku Rumahku - Memupuk semangat cintakan sekolah. Ini menggalakkan pelajar menjaga kebersihan, mengindahkan dengan dengan pokok-pokok bunga dan mural. di samping dapat mengurangkan sikap vandalisme seperti memecah meja dan kerusi, mencuri harta dan merosakkan pagar sekolah.

7. Kegiatan Seni Anti Dadah - Membuat persembahan kebudayaan yang bertemakan anti dadah. Contohnya ialah mengadakan pertandingan deklamasi sajak, boria, dikir barat, kuiz, pertandingan melukis poster dan lain-lain.

8. Menyimpan rekod - menyedia dan menyimpan rekod peribadi pelajar untuk kegunaan kaunselor, guru kelas dan pentadbir sekolah

9. Program Motivasi PMR dan SPM - program yang dijalankan untuk membantu pelajar menghadapi peperiksaan. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar akan kepentingan peperiksaan dan tindakan yang sewajarnya mereka ambil untuk menghadapi peperiksaan .

10. Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM - Mendedahkan kepada para pelajar teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul.

11. Program Selepas PMR - Menjalankan pelbagai pertandingan seperti sukan dan permainan, pertandingan syarahan, nasyid, kuiz, deklamasi sajak ceramah teknik dan vokasional, kesihatan, undang-undang jalanraya dan sebagainya.

Sebagai kaunselor seharusnya mengambilkira perkhimatan kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang profesional, maka kaunselor haruslah mengikuti prinsip-prinsip dan etika tertentu semasa berurusan dengan klien, guru-guru dan pentadbir.
Menurut Roeber, Smith dan Erickson (1955), panduan-panduan di bawah boleh digunakan oleh kaunselor semasa menjalankan tugas mereka di sekolah.

Kod etika Kaunselor/Guru Bimbingan
etika yang dipegang
1. Seorang kaunselor, dalam menghormati martabat setiap klien memberi kepadanya taat setia. Guru bimbingan menerima tanggungjawab untuk menjaga perhubungannya yang rahsia dengan kliennya
2. Seorang kaunselor akan menerima sesiapa sahaja yang datang untuk mendapat bantuan daripadanya. Namun begitu dia tidaklah sampai membenarkan permintaan terhadap perkhidmatannya itu boleh mengurangkan kualiti perkhidmatannya.
3. Seorang kaunselor secara aktif memperkembangkan konsep kaunseling sebagai kerjaya. Beliau cuba mengelakkan mereka yang tidak berkemampuan daripada menjalankan kaunseling.
4. Kaunselor patut mendapat kerjasama dan bantuan daripada kakitangan dan pentadbir lain untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling yang diperlukan oleh sekolah.
5. Jika perlu, kaunselor hendaklah merujuk klien kepada pihak yang sesuai. Jika ini dilakukan, kaunselor perlulah selalu membuat rujukan untuk mempastikan klien tersebut menerima kaunseling berterusan.
6. Sebagai salah seorang kakitangan sekolah, kaunselor hendaklah menerima tanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain secara umum. Jika tugas tersebut mencampuri tugasnya sebagai kaunselor, kaunselor boleh menolak tugas itu dengan bijaksana.
7. Kaunselor perlu untuk terus berkembang dari segi kerjayanya. Dia hendaklah berusaha menambah pengetahuannya untuk membaiki lagi perhidmatannya.
8. Kaunselor mencari dan mendapat pekerjaan berdasarkan kelayakan.
9. Kaunselor perlulah mengekal hubungan aktif dalam kumpulan atau kumpulan-kumpulan profesional yang lain.
10. Kaunselor perlu melibatkan diri secara berterusan dalam penyelidikan untuk pertumbuhan peribadinya atau perkembangan kerjayanya.
11. Kaunselor patut menilai kerja-kerjanya dari semasa ke semasa.

Masalah-Masalah 

Sebagai kaunselor seharusnya mengambil tahu masalah-masalah yang mungkin dihadapi yang menghalang perlaksanaan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah. Walaupun dipercayai guru yang dipertanggungjawabkan sebagai guru bimbingan atau kaunselor mampu menjalankan tugas dengan baik, tidaklah dapat dinafikan kaunselor akan menghadapi pelbagai rintangan dalam melaksanakan tugasnya.
Mengenalpasti masalah yang bakal dihadapi dapat membantu saya sebagai kaunselor menghadapi rintangan dengan mudah supaya segala perancangan yang dicadangkan dapat berjalan dengan lancar.
Antara masalah yang dihadapi bagi menjalankan program kaunseling di sekolah menengah:
Proses perlantikan.Pada peringkat awal dahulu kuasa melantik guru bimbingan adalah di tangan pengetua sepenuhnya. Sekarang ini kaunselor adalah terdiri dari guru-guru terlatih dalam bidang kaunseling. Ia merupakan jawatan pangkat yang dibayar elaun. Namun demikian jawatan kaunselor sepenuh masa ini, tidak dapat dipenuhi di semua sekolah menengah. Jadi kaunselor terlantik atas budi bicara pengetua. Adakalanya terdapat guru yang tidak berminat dengan jawatan kaunselor dan menganggap ia sebagai satu bebanan. Ini menjadikan proses bimbingan dan kanseling tidak dapat berfungsi dengan baik.

Guru-guru bimbingan yang membantu kaunselor juga terdiri dari guru yang tidak terlatih untuk memainkan peranan sebagai kanselor. Jadi mereka menganggap ia merupakan beban tugas kepada mereka, menjadikan tugas yang sepatutnya membantu tidak dilakukan.

Guru Berpengalaman. Holden (1971) mencadangkan pengalaman mengajar harus diambil kira apabila seseorang guru itu hendak dilantik sebagai kaunselor. Lima tahun pengalaman mengajar merupakan satu cadangan yang baik, kecuali guru itu menunjukkan ciri-ciri personaliti yang istimewa dan mempunyai kualiti yang jelas boleh menjadi guru bimbingan yang baik. Masalahnya terdapat sekolah yang memberi tugas guru bimbingan yang membantu kaunselor adalah guru-guru baru. Jadi kaunselor agak bermasalah untuk melantik guru-guru pembantu menyelesaikan masalah pelajar.
Latihan Profesional. Latihan profesional yang berkaitan seperti latihan dalam bimbingan dan kaunseling, komunikasi atau psikologi adalah merupakan asas yang penting untuk memilih guru bimbingan. Ada antara pengetua yang percaya bahawa guru-guru yang berminat boleh dilantik dahulu, kemudian barulah diberi latihan, tetapi latihan mesti ada (Mizan 1987). Jadi guru bimbingan atau pembantu kaunselor sepatutnya mendapat latihan juga. Kaunselor hanya mampu memberi kursus dalaman, ini tidak mencukupi kepada guru-guru pembantu untuk bertindak memberi perkhidmatan kaunseling.
Umur Kaunselor. Ada berbagai-bagai pendapat tentang umur yang sesuai untuk menjadi kaunselor. Mizan (1987) mendapati pengetua sekolah bandar merasakan guru-guru muda dan cergas adalah lebih sesuai untuk menjadi kaunselor. Ini adalah kerana kurangnya jarak umur antara kaunselor dengan pelajar. Keadaan ini membolehkan kaunselor memahami pelajar dengan lebih baik dan mengurangkan jurang antara generasi. Hal ini akan lebih menimbulkan rasa empati, jika jarak umur jauh guru hilang rasa empati kerana rasa ketinggalan dengan dunia remaja ini.
Pengetua sekolah menengah luar bandar pula merasakan guru dewasa adalah lebih baik dilantik menjadi kaunselor kerana ia dapat mengganti “bapa atau ibu” yang diprlukan oleh pelajar. Masalahnya pula akan menjadi penghalang bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dengan ibu bapa mereka sendiri. Keadaan persamaan lingkungan umur antara kaunselor dengan ibu bapa menjadikan berlaku satu reaksi emosi pelajar seolah-olah terasa kaunselor sebagai ibu bapa yang sedang mereka tentang, timbulkan perasaan menolak kaunselor itu.
Etnik. Kumpulan etnik juga harus diambil kira. Walaupun kita telah merdeka lebih 40 tahun, keutuhan budaya bagi setiap etnik itu masih kekal. Banyak perkara yang berlaku dalam kumpulan etnik itu tidak difahami oleh kumpulan etnik yang lain. Oleh itu bagi sekolah-sekolah yang mempunyai pelbagai kaum/etnik, guru-guru pembantu kaunselor yang dilantik haruslah dari ketiga-tiga kumpulan etnik yang besar ini. Perbezaan etnik antara kaunselor dengan pelajar akan menimbulkan masalah perbezaan ruang rujuk yang akan menjejaskan kefahaman dan kurangnya rasa empati di kalangan kaunselor dan pelajar.
Jantina. Walaupun bagi kebanyakan pelajar, jantina guru jarang dipersoalkan. Tetapi, dalam budaya kita, faktor ini harus diambil kira juga. Contohnya, bagi pelajar perempuan terdapat perkara yang agak sulit yang hanya selesa dibincangkan dengan guru perempuan sahaja; begitu juga sebaliknya dengan pelajar lelaki.
Pelajar tidak mengunjungi kaunselor. Pelajar menganggap kaunselor seperti guru-guru lain. Pelajar sering menganggap guru sering mencari kesalahan atau orang yang perlu dihormati. Jadi mereka tidak mahu pergi ke bilik kaunseling atau berjumpa dengan kaunselor. Kaunselor semestinya mempunyai sikap yang mesra dengan pelajar dan sering mengambil peluang menjelaskan kepada pelajar semasa perhimpunan mingguan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh kaunselor. Kaunselor semestinya merancangkan supaya dirinya dan bilik kaunsleng suatu tempat yang mesra dan mudah bagi pelajar. Jika tidak pelajar tetap tidak melayani perkhimatan yang diberikan.
Itulah antara masalah yang dihadapi oleh kaunselor di sekolah menengah. Masalah lain seperti tempat, pengurusan bimbingan dan kanseling di sekolah tidak harus wujud jika kaunselor benar-benar memainkan peranannya di sekolah.

Bilik Bimbingan Dan Kaunseling 

Keberkesanan kaunseling bergantung juga pada keadaan dan tempat kaunseling itu dijalankan. Satu temuduga kaunseling tidak boleh dijalankan di bilik guru, di kantin, di bawah pokok ataupun di dalam kelas. Sesi ini mestilah diadakan di suatu tempat yang khas, walaupun tidak istimewa. kaunselor mesti mempastikan terdapat satu bilik khas bagi menjalankan sesi temuduga supaya tugas sebagai kaunselor dapat berperanan sebagai guru bimbingan yang berkesan.
Jika masih tidak terdapat bilik bimbingan dan kaunseling kaunselor perlu berbincang dengan pihak pentadbir sekolah bagi menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut.

Arah tujuan hidup.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STPM kemana arah tuju kalian? Di mana kalian ingin menyambung pengajian kalian?
Mesti ada di antara kalian sukar membuat pilihan dan tidak tahu pengkhususan yang ingin dibuat ketika mengisi borang UPU.
Admin ingin berkongsi sesuatu dengan adik-adik, di mana adik-adik dapat lihat pengkhususan apa yang sesuai dengan keputusan adik-adik..

Selamat Mencuba..(^__^)

kerjaya wanita

Bottom of Form
10 Pekerjaan Pilihan Wanita Masa Kini (2011)
Millenium kini, golongan wanita tampak lebih berkeyakinan dari lelaki. Masakan tidak, hampir semua kerjaya yang dulunya digalang oleh lelaki kini dipenuhi pula oleh golongan yang dianggap lemah ini. Dan yang menarik tentang perkembangan ini adalah kaum wanita ketara lebih hebat mengubah arus pasaran kerjaya di Malaysia. Dibawah ditampilkan pekerjaan pilihan untuk wanita masa kini
1

Wanita amat sesuai untuk ditempatkan di sektor khidmat pelanggan kerana selain selalu tampak manis juga dapat melambangkan imej syarikat yang bersih, lemah lembut dan professional. Pekerjaan ini juga membantu kaum wanita untuk mengembangkan daya kerjaya mereka dimana pekerjaan ini mendedahkan kaum wanita untuk tampil lebih berkeyakinan apabila membawa mesej tertentu dari syarikat yang menggajinya.
2

Graduan berjurusan teknologi maklumat (IT) kini sudah semakin ramai dan kaum wanita juga yang mempeloporinya di mana-mana universiti di negara ini. Tidak menghairankan apabila bidang pekerjaan ini juga semakin diminati oleh kaum wanita kerana bidang pekerjaan ini sentiasa berkembang dari segi teknologinya sendiri.
3
Buat graduan yang baru menamatkan alam universiti, bidang ini diteroka kerana mempunyai perasaan yang kagum pada keutuhan sesebuah organisasi. Pelatih akan bertugas di banyak jabatan dalam waktu singkat sebelum ditauliah untuk mengurus sesebuah unit atau jabatan. Potensi kaum wanita memimpin memang tidak dapat dinafikan kemampuannya. Keupayaan memimpin ini dapat dilihat pada pemimpin dunia sekarang seperti Julia Gillard, Dilma Rousseff dan tak lupa juga kehebatan Balqis ketika zaman Nabi Sulaiman.

4
Seorang pakar perunding seharusnya mampu menyelesaikan masalah para pelanggannya. Wanita memiliki kelebihan dan tahap kesabaran yang tinggi untuk mengorek keterangan secara mendalam terhadap sesuatu perkara atau permasalahan. Jadi, kerjaya sebagai perunding sangat sesuai buat mereka.
5

Pekerjaan ini sangat sinonim buat kaum Hawa kerana perempuan adalah golongan yang banyak membantu mendidik manusia di usia kanak-kanak. Kini terdapat banyak pekerjaan sebegini yang tidak memerlukan sepenuh komitmen / masa untuk berada di satu-satu tempat. Pekerjaan ini dapat berkembang dari guru Tuition hingga ke pekerjaan memberi kaunseling pada murid-murid yang bermasalah. Kebiasaanya guru tuition tidak menghadapi masalah untuk ke tempat kerja kerana rata-rata pusat Tuition berada dikawasan yang mudah dikunjung kenderaan awam.
6
Kebanyakan para pengurus di sesebuah organisasi lebih gemar memilih kaum hawa untuk membantu tugas sehariannya. Ini kerana sifat seorang perempuan itu memang patuh dan setia berbanding kaum lelaki. Prospek pekerjaan ini berkembang jika hubungan antara pengurus dan pembantunya berkesinambungan dengan baik dalam rutin seharian. Pengalaman yang diperoleh dari pekerjaan ini sangat mengujakan kerana akan sentiasa berurusan dengan barisan kepimpinan organisasi dan juga dapat membantu baiki interpersonal skill.
7
Sememangnya pekerjaan ini memberikan kepuasan berbagai segi sama ada puas dari segi travellingnya mahupun kepuasan berjumpa berbagai jenis orang selain dapat menimba ilmu dalam berbagai bahasa. Bidang ini mampu membawa individu untuk membentuk rangkaian perniagaan sendiri disebabkan faedah perkerjaan itu sendiri
8
Bagi wanita, memperluaskan rangkaian perhubungan adalah sebahagian daripada rutin hidupnya. Cubalah hitung dalam sebulan, berapa kali anda punya temu janji dengan teman lama? Itu belum termasuk agenda lain yang lebih daripada satu setiap bulan. Sedar atau tidak, dari situ rangkaian perhubungan berkembang dan urusan kerja seharian berjalan lebih lancar.
9

Lambakan graduan akaun di pasaran kerja Malaysia menyebabkan permintaan dan penawaran terhadap pekerjaan ini tidak berimbang. Tambahan pula bebanan kerja buat akauntan juga banyak dan merumitkan. Kebanyakan orang akan cepat membuat perubahan kerja bagi menyuaikan diri dengan keperluan pekerjaan itu sendiri dan kehendak atau matlamat organisasi dan kepuasan atau objektif kerjaya. Jika ketiga-tiga ini tidak ditemui, individu akan cepat membuat perubahan dalam bidang yang sama cuma organisasinya berubah mengikut hala tuju kerjaya. Bagaimanapun gaji yang diterima untuk pekerjaan ini juga masih bergantung pada pengalaman yang dimiliki

10

Faedah yang konsisten dan memenuhi keperluan individu dan juga keluarga membuatkan ramai wanita berminat terhadap pekerjaan ini. Jelasnya persekitaran yang sihat, sifat naluri suka membantu, kemudahan fasiliti ketika sakit, kantin yang murah dan berbagai lagi dapat diperoleh di linkungan pekerjaan ini.

Saturday 21 April 2012

Perancangan kerjaya
Kaunselor;
  • Perancangan Masa Lalu (sejarah perkembangan kerjaya individu)
  • Tumpuan Perancangan Masa Depan
  • Meneroka Sejarah Silam Individu
  • Mengingatkan Perancangan Kerjaya perlu Seiring Perancangan Kehidupan
  • Berbincang: Model Pembuatan Keputusan
  • Beri Maklumat Umum Tentang Kerjaya
  • Bantu Individu guna sumber di persekitaran seperti:
    • networking 
    • mentoring 
    • penilaian diri
    • memberi arah tuju dan “coaching” jika perlu

Kerja Kosong Kerajaan
Saban hari kerja kosong kerajaan menjadi pilihan kepada graduan lepasan universiti awam ataupun swasta, ini telah membuatkan jawatan kosong kerajaan menjadi popular dan mendapat rating yang tinggi dikalangan pencari kerja. Anda boleh lihat banyak iklan jawatan kosong kerajaan dipaparkan diserata tempat di internet. Bukan itu saja, malah pihak kerajaan Malaysia sendiri juga giat menjalan pelbagai kempen dan aktiviti khusus untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di pelbagai sektor di negara ini.

Apa itu Kerja Kosong Kerajaan?
Ramai diantara kita yang agak keliru dengan kerja kerajaan ini, yang mana satu dikatakanjawatan kosong kerajaan? Kebanyakan kita berpendapat kerja kosong kerajaan hanya di Putrajaya iaitu di Pusat Pentadbiran Kerajaan. Jika anda juga beranggapan begitu ternyata anda juga masih keliru denganjawatan kosong kerajaan ini. Untuk memudahkan pemahaman anda di sini saya senaraikan beberapa contoh kerja kosong kerajaan yang ada di negara kita ini:
- Guru/Guru Kemas
- Bomba
- Polis/Tentera
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Jururawat/Doktor di klinik/Hospital kerajaan
- Attendan Hospital Awam
- Juru X-Ray Hospital Awam
- Kerani sekolah kerajaan
- Pegawai Daerah
- Jurutera Daerah
- Pensyarah di Universiti awam
- Pekerja di Pejabat Risda,Fama, Mardi (Pertanian)
- Pembantu Tadbir di Jabatan Kerajaan
- Juruteknik Jabatan Kerajaan
- Pemandu di Jabatan Kerajaan
berjaya mendapat pekerjaan

Di dalam contoh ini saya cuba menggabungkan pelbagai jawatan kosong kerajaan supaya anda mendapat gambaran bahawa kerja kosong kerajaan ini terdiri dari pelbagai jawatan, samada tinggi ataupun rendah tetap dikira sebagai kerja kerajaan ataupun lebih dikenali sebagai penjawat awam. Asal sahaja sesuatu organisasi itu berada di bawah pentadbiran kerajaan maka ia adalah kerja kerajaan. Pihak kerajaan juga selalu mengemaskini senaraijawatan kosong kerajaan terkini mereka. Saya harap anda mendapat sedikit idea tentangjawatan kosong kerajaan ini.

Kelebihan Jawatan Kosong Kerajaan
banyak kerja kosong yang ditawarkan
Bila kita berbincang tentang kelebihan kerja kosong kerajaan ini sudah tentunya tidak dapat dinafikan banyak kelebihannya, dari mula bekerja hinggalah ke waktu persaaan, bukan sahaja anda malah ibu-bapa dan anak-anak juga turut merasai faedahnya. Di sini disenaraikan antara kelebihan yang anda boleh perolehi bila bekerja dengan kerajaan.

1. Elaun Rumah
2. Elaun Sara Hidup (Cost Of Living Allowance (COLA))
3. Bonus Tetap Khidmat Awam
4. Kenaikan gaji
5. Kemudahan pinjaman kereta dan pinjaman rumah
6. Cuti yang fleksibel
7. Simpanan hari tua (KWSP)
8. Peluang kenaikan pangkat
9. Peluang meyambung pelajaran
10. Peluang untuk meningkatkan kemahiran diri
Memang terdapat jawatan kosong swasta yang juga mempunyai banyak kelebihan, tetapi bilangannya agak terhad dan adakalanya terhad untuk jawatan tertentu sahaja. Pada saya ini bergantung kepada matlamat kerjaya anda sendiri. Kerja kosong kerajaan biasanya memberikan jaminan masa depan yang baik buat anda dan keluarga, manakala kerja dibidang swasta pula memberikan pengalaman kerja yang bagus dan cukup mencabar. Dimanapun anda berkerja tidak kira samaada sektor kerajaan atau swasta pastikan mengamal gaya kewangan yang sihat agar masa depan lebih terjamin dan terancang.
Bila Jawatan Kosong Kerajaan Dibuka
Kebanyakkan kerja kosong kerajaan ini adalah bergantung kepada kepada Jabatan kerajaan itu sendiri. Ada yang melakukan pengambilan 2 kali setahun, 1 kali setahun dan ada juga yang dibuka sepanjang tahun. Kerajaan Malaysia melalui badan-badan atau saluran tertentu seperti Jabatan Tenaga Rakyat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), jobsmalaysia akan membantu para pencari kerja untuk mengisi kekosongan di jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukan pekerja dengan menyeraikan maklumat tentang jawatan kosong terkini dari masa ke semasa. Biasanya borang jawatan kosong kerajaan akan disediakan dan perlu diisi dengan lengkap oleh setiap pemohon berminat. Untuk jawatan kosong 2012 juga boleh didapati di website ini. Dari masa kesemasa kami akan memaparkan iklan jawatan kosong yang terkini dan terbaru buat anda. Anda boleh layari blog senarai iklan jawatan kosong yang telah kami sediakan untuk memudahkan lagi anda mencari peluang-peluang pekerjaan ada.
Syarat Kelayakan Memohon Jawatan Kosong Kerajaan
ramai orang berebut-rebut mencari pekerjaan
Syarat kelayakan setiap jabatan kerajaan adalah berbeza. Antara syarat-syarat umum/asas kerja kosong kerajaan yang boleh dijadikan panduan ialah seperti berikut:

- Berumur 18 tahun ke atas (tidak melebihi 35 tahun)
- Mempunyai kelulusan yang sesuai dan diiktiraf oleh kerajaan (Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah dan sebagainya)
- Lulus matapelajaran utama diperingkat Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris
- Berkelakuan baik serta tidak mempunyai rekod jenayah. Calon yang merokok biasanya susah untuk dipilih masuk ke jabatan kerajaan