PENGENALAN
Unit Kerjaya dan kaunseling di tubuhkan untuk memperkembangluaskan perkhidmatan professional kerjaya dan kaunseling untuk kepentingan dan keperluan warga UiTM Cawangan Sabah. Di sini unit akan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya yang beretika kepada klien. Selain daripada berusaha untuk mengembangkan bakat, potensi dan minat klien melalui program latihan pembangunan kemanusiaan dan ujian-ujian psikologi dalam pencapaian misi dan visi UiTM Sabah. Dengan ini unit akan mempelbagaikan program pembangunan diri dan kerjaya bagi melahirkan warga UiTM yang berketerampilan dan berdikari.
Kerjaya
Dalam menjayakan fungsi unit dalam kerjaya, unit kerjaya dan kaunseling akan menyediakan perkhidmatan yang luas kepada pelajar di setiap peringkat pengajian mereka di Universiti. Ini merangkumi perkhidmatan membimbing pelajar dalam menguruskan masa, membantu mendapatkan pengalaman pekerjaan, memberi galakan ke arah penerokaan dan pemilihan kerjaya, menyediakan sistem sokongan kepada bakal graduan dalam proses membuat keputusan kerjaya dan proses transisi ke alam kehidupan selepas menamatkan pengajian.