Friday, 20 April 2012


Kerjaya nakhoda kurang 
diminati


Utusan Malaysia – 16 Disember 2010









MARANG 15 Dis. - Malaysia mempunyai lautan luas yang memberikan kekayaan sumber alam bagi menjana hasil untuk negara dan kesejahteraan rakyat.

Namun anugerah itu tidak akan melimpahkan banyak rezeki jika tidak diterokai sepenuhnya bagi menggerakkan industri dengan keupayaan dan kesediaan belayar jauh mengemudi dan mengendalikan tangkapan.

Perkembangan industri itu semakin pesat dengan permintaan yang terus meningkat dan ia memerlukan nelayan berwibawa dan berkemahiran menguasai teknologi.

Dalam kegiatan penangkapan ikan laut dalam, nakhoda merupakan satu jawatan penting namun ia hampir dikuasai sepenuhnya oleh tenaga luar.

Justeru ia membawa bersama lambakan warga asing dan mengikut statistik Jabatan Perikanan pada 2009, daripada 125,632 nelayan yang bekerja di atas bot atau kapal tempatan, 34,520 adalah warga Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Bagi mengatasi dilema ini, Jabatan Perikanan telah memulakan Program Pembangunan Nakhoda pada tahun 2001 dengan Institut Perikanan Malaysia (IPM) dipertanggungjawab mengendalikannya.

Kursus ini telah dibangunkan untuk memberikan impak besar kepada industri perikanan laut dalam dengan melatih nelayan tempatan dengan pelbagai disiplin pengetahuan berkaitan industri perikanan tangkapan.

Sejak program itu diperkenalkan, seramai 423 orang telah dilatih.

Usaha Jabatan Perikanan untuk mempertingkatkan bilangan nakhoda dan kru kapal tempatan juga dimanifestasikan melalui Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK).

Bagaimanapun, difahamkan usaha menampung kekurangan tenaga kerja ini yang kian meruncing tidak begitu berhasil.



Ia tidak berlaku kerana ramai bekas pelatih kedua-dua program berkenaan lebih gemar mendapatkan kerja dalam industri lain yang menawarkan ganjaran lumayan dan persekitaran lebih selesa.

kapal laut 








Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perikanan, Datuk Suhaili Lee memberitahu, kurang 50 peratus daripada mereka yang mengikuti Program Pembangunan Nakhoda yang ditawarkan oleh IPM meneruskan kerjaya dalam industri perikanan tangkapan.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan, lebih 50 peratus memasuki industri lain termasuk kapal perdagangan dan kapal pelancongan selain feri," katanya kepada media pada Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian sijil IPM Terengganu 2010 di sini baru-baru ini.

Seramai 59 pelatih Program Pembangunan Nakhoda yang berjaya menamatkan latihan menerima sijil dan kumpulan pelatih tersebut merupakan peserta terakhir program itu.

Mereka juga merupakan antara 1,071 pelatih pelbagai kursus yang menerima sijil pengajian masing-masing di IPM sepanjang tahun ini.

Semenjak 1991 sehingga kini, IPM telah melatih 11,962 pelatih dan kakitangan Jabatan Perikanan dalam pelbagai bidang berkaitan industri itu.
Turut diundang untuk upacara itu ialah para pengusaha perikanan yang berjaya serta pengerusi-pengerusi persatuan nelayan yang diharap dapat merangsang para pelatih supaya terus berjaya dalam kerjaya ini dengan menyerapkan mereka dalam industri itu.

Program Pembangunan Nakhoda juga akan diserapkan dalam program Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahun depan bagi mengelak pertindihan kursus yang ditawarkan dan mengoptimumkan penggunaan kapasiti pembelajaran dan sumber serta meningkatkan keberkesanan kos.

Ia juga adalah sebahagian daripada usaha melahirkan nakhoda yang kompeten, mahir dan cekap selain berkomunikasi dengan baik serta sahsiah positif.

Di bawah SKM, para pelatih perlu menjalani latihan melalui empat tahap kemahiran untuk mencapai peringkat nakhoda dan mengambil masa kira-kira tiga tahun berbanding Program Pembangunan Nakhoda yang memakan masa selama enam bulan.

Para pelatih SKM akan menerima akreditasi di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dalam memenuhi standard antarabangsa yang ditetapkan oleh International Maritime Organisation (IMO).

Program Pembangunan Nakhoda dan SKM juga merupakan satu langkah untuk mengubah corak hidup nelayan yang masih dikaitkan dengan kemiskinan dalam industri yang besar pulangannya.

Justeru mereka perlu membuka minda untuk mengubah corak hidup dan berusaha membentuk imej baru golongan nelayan dengan sahsiah diri yang positif.

Mengikut penilaian yang dijalankan oleh IPM, kesukaran mendapatkan kerja dalam bidang perikanan tangkapan bukanlah isu besar kerana peluang luas sentiasa terbuka.

Namun, masalah sikap menjadi halangan utama dan pelatih perlu bersedia menempuh cabaran dengan bermula dari bawah serta sanggup berada lama di lautan.

Thursday, 19 April 2012



Apa yang perlu ketika temuduga
Petua untuk temuduga
 perasaan gemuruh dan resah pasti ada


Lelaki
  •  Rambut hendaklah disisir rapi dan berminyak supaya kelihatan lebih kemas.
  • Pemilihan tali leher bergantung kepada baju kemeja yang dipakai.
  • Baju berbelang:tali leher hendaklah sama warna dengan belang yang terdapat di baju anda.dan tali leher berkenaan hendaklah berwarna plain.


  • Baju plain:tali leher hendaklah bercorak atau berbelang dan warnanya hendaklah masuk dengan baju.contoh:baju berwana hijau gelap,tali leher berwarna hijau terang
  • Tidak dibenarkan memakai baju batik semasa sesi temuduga.walaupun sesi temuduga itu jatuh pada hari khamis dimana kakitangan kerajaan diwajibkan memakai baju batik pada hari khamis.
  • Tidak dibenarkan memakai baju melayu walaupun sesi temuduga jatuh pada hari jumaat.
  •  Seelok-eloknya tidak memakai songkok atau kopiah semasa temuduga.
  • Warna stokin hendaklah sama warna dengan seluar anda.
  • Seluar digalakkan berwarna gelap seperti biru gelap dan hitam.dilarang memakai seluar jeans dan sebagainya.
  •  Kasut seelok-eloknya bertali dan jenis yang berkilat.kiwi kasut anda sebelum pergi temuduga.
  •  Digalakkan memakai jam tangan.







Wanita
§  Berpakaian kemas ataupun seelok eloknya memakai kemeja wanita dan tidak terlalu mendedahkan atau seksi.
§  Jika bertudung,pastikan tudung di pin dengan kemas dan biarlah menampakan muka anda.pastikan warna tudung masuk dengan warna bunga baju anda jika baju anda bercorak bunga dan masuk dengan warna belang di baju anda jikan baju anda berbelang.dan jika baju anda tidak bercorak(plain) warna tudung hendaklah seakan warna baju tetapi jangan sama,contoh:baju biru gelap,tudung hendaklah biru cair.
§  Jika tidak bertudung,pastikan rambut disanggul rapi dan kemas.ini bertujuan mempamerkan perwatakan anda semasa kerja sama ada kemas dan teratur atau tidak.jangan suka menyelak anak rambut semasa ditemuduga.
§  Tidak memakai eksesori keterlaluan seperti gelang emas sampai ke siku.dan tidak digalakan memakai gelang yang berloceng.ini akan menggangu sesi temuduga.
§  Memakai kasut yang bertutup dan seeloknya memakai kasut bertumit.jika kasut anda jenis yang berkilat,pastikan kiwi dahulu sebelum ke sesi temuduga.
§  Pemilihan warna stokin ialah berdasarkan warna kulit kaki anda.tidak terlalu kontra.
§  Tidak memakai baju yang terlalu kontra seperti warna oren dan merah.

 contoh soalan-soalan temuduga
1.  Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
2.  Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
3.  Cerita sedikit tentang diri anda.
4.  Apakah yang dapat memotivasikan anda?
5.  Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
6.  Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
7.  Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
8.  Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
9.  Apakah kelemahan-kelemahan anda?
10.     Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
11.     Mengapakah patut kami memilih anda?
12.     Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
13.     Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
14.     Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
15.     Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
16.     Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
17.     Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
18.     Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
19.     Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
20.     Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
21.     Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
22.     Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
23.     Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
24.     Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
25.     Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
26.     Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
27.     Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
28.     Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
29.     Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
30.     Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.


Jawatan Kosong 2012

Dimanakah kerjaya pilihan anda?
Ramai penganggur sekarang ini sudah tentu sedang mencari jawatan kosong 2012. Sebahagian daripada mereka mungkin telah terlibat dengan pemberhentian kerja akibat krisis ekonomi manakala ramai graduan-graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian sudah mula memasuki persaingan untuk mencari jawatan kosong 2012 ini. Ini membuatkan saingan antara mereka menjadi semakin sengit dan kompetitif di dalam mendapatkan pekerjaan. Majikan sekarang pula semakin cerewet untuk mengambil pekerja untuk sesuatu jawatan kosong, tidak jawatan kosong kerajaan ataupun swasta. Kualiti seseorang calon sangat dititikberatkan.

Jawatan Kosong 2012 Di Mana Cariannya?

Sama ada anda sudah pakar dalam sesuatu bidang atau anda seseorang lepasan universiti yang hanya bersedia untuk mencuba kemahiran dan pengetahuan anda dalam dunia pekerjaan secara profesional, anda mungkin telah mencari cara-cara untuk mencari jawatan kosong 2012 yang terbaik di luar sana yang paling sesuai dengan pengalaman dan kemahiran anda. Berikut adalah cara dan kaedah yang boleh anda gunakan untuk anda mencari iklan jawatan kosong yang ada di luar sana.
Pusat Kerjaya
Satu lagi cara yang baik untuk mencari peluang jawatan kosong 2012 ialah dengan melawat pusat pekerjaan tempatan. Pusat pekerjaan terdapat di bandar-bandar dan tidak mustahil anda mungkin bakal mendapat salah satu pekerjaan tersebut. Di pusat-pusat pekerjaan, terdapat orang-orang yang dibayar oleh kerajaan atau organisasi untuk mencari pekerja yang sesuai dengan kemahiran dan pengalaman. Pusat pekerjaan biasanya mempunyai pangkalan data lengkap majikan yang mencari pekerja untuk jawatan kosong yang berbeza dan kakitangan pusat pekerjaan boleh membantu anda mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan kemahiran anda. Untuk jawatan kosong kerajaan biasanya kita mempunyai Pejabat Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) sebagai pusat kerja, setiap pemohon dikenhendaki mengisi borang yang telah disediakan. Mereka biasanya akan menghubungi anda sekiranya terdapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan anda, terpulang kepada anda untuk hadir temuduga atau tidak. Sekiranya sewaktu dipanggil anda sudah mempunyai pekerjaan maka sebaiknya di maklumkan kepada Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) supaya mereka mengemaskini pangkalan data mereka dan menawarkan pekerjaan tersebut kepada mereka yang memerlukan.
Melalui Saudara atau Kenalan
Apabila mencari pekerjaan, anda perlu meluahkan dan bercakap lebih lanjut mengenai niat anda untuk mencari dan mendapat pekerjaan. Terutamanya, kepada mereka yang rapat dengan anda. Anda juga boleh menyatakan kesediaan anda untuk mencari pekerjaan kepada orang-orang yang mungkin dapat membantu anda mencarinya, seperti ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan yang bekerja di bidang yang sama seperti yang anda mahukan, atau orang-orang yang mempunyai hubungan dengan mengambil firma dan syarikat-syarikat tertentu. Sebaiknya mulakan dengan perbualan kosong dan kemudian barulah soal kerja supaya anda tidak dilihat sebagai orang yang terburu-buru atau terdesak.
Semasa perjumpaan tertentu, anda juga mungkin boleh menemui beberapa orang yang akan mensyorkan kekosongan jawatan kosong yang mereka tahu kepada anda. Anda juga boleh mendengar orang yang bercakap tentang peluang pekerjaan di kawasan awam dan yang anda perlu lakukan ialah mencari peluang pekerjaan yang disebut untuk mencubanya.
Agen Pekerjaan
Anda boleh mendaftar di agensi pengambilan kerja seberapa banyak yang anda mahu, terutama dengan agen yang berurusan dengan peluang pekerjaan di sekitar anda, untuk keperluan anda. Setelah anda mendaftarkan diri dalam agensi pekerjaan, berkemungkinan mereka akan mengkehendaki anda untuk mengambil ujian kebolehan yang bergantung kepada bidang perkerjaan yang anda pilih. Di Malaysia antara ajen perkerjaan ialah seperti kelly Services dan beberapa contoh lagi. Setengah pihak tidak meminati mencari pekerjaan melalui agen kerana biasanya agen akan mendapat sedikit komisen daripada gaji anda. Suka saya ingatkan anda perlu sentiasa berhati, sila rujuk syarat yang ditetapkan oleh agen yang anda gunakan untuk megelakkan sebarang penipuan.
Laman Web Jawatan Kosong
Peranan Internet sebagai pangkalan data dan sumber makluamt terbesar seolah-olah tidak pernah berakhir, malah ia semakin berkembang setiap hari. Terdapat banyak laman web yang fokus dalam menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang mencari jawatan kosong serta kepada syarikat-syarikat yang ingin mengiklan tawaran kerja kosong mereka. Anda boleh dengan mudah boleh mendaftar di laman-laman web kekosongan jawatan, membuat profil profesional dan muatnaik dokumen-dokumen permohonan yang diperlukan seperti resume anda. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak ketinggalan dalam hal ini, mereka juga mempunyai portal yang menfokuskan untuk mereka yang mencari kerja kosong kerajaan. Ramai graduan yang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui SPA ini. Khususnya bagi jawatan kosong 2011 yang lalu.
Biarpun kaedah dalam mencari perkerjaan semakin bekembang, pihak kerajaan yang dulunya menggunakan cara klasik kini telah memperbaiki cara mengiklankan jawatan kosong kerajaan mereka dengan cara yang lebih moden dan terkini seiring dengan perkembangan teknologi di negara kita. Walaibagaimanapun, ini bukanlah jaminan untuk anda mendapatkan perkerjaan dengan mudah. Usaha yang berterusan dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan adalah kunci untuk berjaya untuk medapatkan kerjaya idaman anda. Jadikan kerja pertama anda sebagai platfom anda untuk mengenali dunia pekerjaan dengan dalam lagi.

Friday, 30 March 2012

pengenalan


PENGENALAN
Unit Kerjaya dan kaunseling di tubuhkan untuk  memperkembangluaskan perkhidmatan professional kerjaya dan kaunseling untuk kepentingan dan keperluan warga UiTM Cawangan Sabah. Di sini unit akan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya yang beretika kepada klien. Selain daripada berusaha untuk mengembangkan bakat, potensi dan minat klien melalui program latihan pembangunan kemanusiaan  dan ujian-ujian psikologi dalam pencapaian misi dan visi UiTM Sabah. Dengan ini unit akan mempelbagaikan program pembangunan diri dan kerjaya bagi  melahirkan warga UiTM yang berketerampilan dan berdikari.
Unit Kerjaya dan kaunseling terbahagi kepada 2 fungsi penting iaitu Kerjaya dan Kaunseling.

Kerjaya
Dalam menjayakan fungsi unit dalam kerjaya, unit kerjaya dan kaunseling akan  menyediakan perkhidmatan yang luas kepada pelajar di setiap peringkat pengajian mereka di Universiti. Ini merangkumi perkhidmatan membimbing pelajar dalam menguruskan masa, membantu mendapatkan pengalaman pekerjaan, memberi galakan ke arah penerokaan dan pemilihan kerjaya, menyediakan sistem sokongan kepada bakal graduan dalam proses membuat keputusan kerjaya dan proses transisi ke alam kehidupan selepas menamatkan pengajian.

 Struktur Kaunseling Kerjaya
  • Mengenal pasti matlamat/masalah yang dikemukakan
  •  Mendengar buah fikiran danperasaan klien
  • Menerangkan hubungan dantanggungjawab kaunselor – klien

Thursday, 29 March 2012


1. Apa itu kaunseling kerjaya?
Brown dan Brooks (1991) mendefinisikan kaunseling kerjaya sebagai satu proses bimbingan dan tunjuk ajar kepada klien untuk :
  • memilih pekerjaan yang sesuai,
  • menyesuaikan diri dengan kerjaya yang dipilih
  • maju dalam kerjaya berkenaan.
Ini bermakna, kaunselor perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan klien untuk menilai ciri-ciri peribadinya bagi mendorong klien melibatkan diri dalam kaunseling kerjaya dan seterusnya memilih pekerjaan yang sesuai.