Friday 30 March 2012

pengenalan


PENGENALAN
Unit Kerjaya dan kaunseling di tubuhkan untuk  memperkembangluaskan perkhidmatan professional kerjaya dan kaunseling untuk kepentingan dan keperluan warga UiTM Cawangan Sabah. Di sini unit akan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya yang beretika kepada klien. Selain daripada berusaha untuk mengembangkan bakat, potensi dan minat klien melalui program latihan pembangunan kemanusiaan  dan ujian-ujian psikologi dalam pencapaian misi dan visi UiTM Sabah. Dengan ini unit akan mempelbagaikan program pembangunan diri dan kerjaya bagi  melahirkan warga UiTM yang berketerampilan dan berdikari.
Unit Kerjaya dan kaunseling terbahagi kepada 2 fungsi penting iaitu Kerjaya dan Kaunseling.

Kerjaya
Dalam menjayakan fungsi unit dalam kerjaya, unit kerjaya dan kaunseling akan  menyediakan perkhidmatan yang luas kepada pelajar di setiap peringkat pengajian mereka di Universiti. Ini merangkumi perkhidmatan membimbing pelajar dalam menguruskan masa, membantu mendapatkan pengalaman pekerjaan, memberi galakan ke arah penerokaan dan pemilihan kerjaya, menyediakan sistem sokongan kepada bakal graduan dalam proses membuat keputusan kerjaya dan proses transisi ke alam kehidupan selepas menamatkan pengajian.

 Struktur Kaunseling Kerjaya
  • Mengenal pasti matlamat/masalah yang dikemukakan
  •  Mendengar buah fikiran danperasaan klien
  • Menerangkan hubungan dantanggungjawab kaunselor – klien

Thursday 29 March 2012


1. Apa itu kaunseling kerjaya?
Brown dan Brooks (1991) mendefinisikan kaunseling kerjaya sebagai satu proses bimbingan dan tunjuk ajar kepada klien untuk :
  • memilih pekerjaan yang sesuai,
  • menyesuaikan diri dengan kerjaya yang dipilih
  • maju dalam kerjaya berkenaan.
Ini bermakna, kaunselor perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan klien untuk menilai ciri-ciri peribadinya bagi mendorong klien melibatkan diri dalam kaunseling kerjaya dan seterusnya memilih pekerjaan yang sesuai.